Share

Ammar & Opie | Episod 1

Pelakon : Hazama, Muhammad Raif Irfan, Dato Awie, Syerinie Myra, Kodi Rasheed, Aril Pilus, Riz Amin
Penulis Skrip: Nurull Halawati
Pengarah : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin

Ammar sedang menyanyi sambil memetik gitar, membuat persembahan bersama rakan baiknya-NIZAM. Penganjur memberikan wang upah nyanyian yang tidak seberapa. Ammar terus ke farmasi membeli ubat dan makanan untuk ibunya, FARIDAh yang menghidap asma kronik di rumah. Sementara itu disebuah pekan Thailand, kelihatan seorang pengamen kecil, OPIE sedang memetik gitar sambil menghibur pelancong di tepi pantai. Dia berjalan dari satu tempat ke satu tempat mencari rezeki dengan menyanyi. Wataknya yang ceria, matang dan petah berkata-kata membuatkan dia disenangi ramai. Opie membantu seorang kanak-kanak perempuan comel, namun berwajah pucat (ada penyakit). Kanak-kanak itu seringkali ada menonton persembahan Opie dan akan menyerahkan sejumlah wang kepada Opie. Peminat setia Opie!
#Ammar&Opie

Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
https://www.youtube.com/user/TV3MALAY…

Leave a Comment