Share

AMANAH yang bagi ‘tongkat’ pada Umno kata Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membalas kritikan parti pembangkang yang menyatakan PAS akan memberikan kemenangan kepada Umno jika berlaku tiga penjuru dalam PRU 14 yang akan datang.

“Ramai orang kata kena dua penjuru untuk menang. Tuan-tuan, yang menyebabkan tiga penjuru ini bukan PAS. Jangan salahkan PAS kalau berlaku tiga penjuru.

“PAS akan pertahan kerusi yang menang, PAS akan pertahan kerusi yang kita bertanding.

“Di Kelantan kita pertahankan kemenangan kita, kalau lawan UMNO. Kalau AMANAH masuk juga maka AMANAH yang bagi tongkat pada UMNO” kata Tuan Ibrahim pada ceramah perdana di Changkat Lada Kg Gajah, Perak.

Menurut Tuan Ibrahim, Parti AMANAH yang membawa lari kerusi milik PAS contohnya di Selangor.

“PRU bukan (mengenai) calon. PRU mengenai jentera dan sokongan rakyat” tambah Tuan Ibrahim.

Ceramah perdana yang diadakan di Changkat Lada Kg Gajah Sabtu lepas anjuran PAS negeri Perak, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak dan PAS Kawasan Pasir Salak.

Leave a Comment