Share

7 Suami | Episod 13

Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
http://www.xtra.com.my

7 Suami mengisahkan Safiyah atau Yah (Izreen Azminda) yang tinggal bersama neneknya di kampung. Kehidupan mereka serba kekurangan. Malah keturunan Yah dipertikaikan gara-gara kesilapan ibu bapa Yah suatu ketika dulu. Walaupun masih dalam berpantang, ibu Yah tetap pergi untuk bekerja di kelab malam. Nenek Yah (Norlia Ghani) sedaya upaya melarang ibu Yah daripada terus melakukan kerja kotor.

Bapa Yah, seorang kaki judi dan malas bekerja. Dia hanya mengharapkan ibu Yah mencari wang dengan bekerja di kelab malam sebagai pelacur. Malah lebih teruk, bapa Yah seorang penipu, banyak berhutang di sana sini. Kerana itu juga orang kampung membenci keluarga Yah.

Kerana berhutang dengan lintah darat, bapa Yah akhirnya dibunuh. Pembunuhan itu disaksikan oleh ibu Yah. Kumpulan lintah darat itu menangkap ibu Yah lantas dibawa ke satu tempat. Ibu Yah telah diperkosa sebelum dibunuh. Hancur luluh hati seorang emak apabila mendengar berita itu. Selepas kematian ibu dan ayah, hanya nenek tempat Yah menumpang kasih.

Kehidupan mereka begitu miskin. Haji Dollah (Kazar Saibi) merupakan orang terkaya di kampung itu. Dialah yang sering membantu keluarga Yah. Membayar perubatan yang begitu mahal, yang Yah sendiri tidak mampu untuk mencari wang sebanyak itu. Kebaikan hatinya didalangi niat ingin mengahwini Yah.

Haji Dollah sering mengunjungi nenek Yah. Mendesak inginkan jawapan dari Yah. Agar Yah menerima lamarannya. Yah diserang perasaan serba salah. Ini kerana mereka begitu banyak terhutang budi dengan Haji Dollah.

Ihsan (Aiman Hakim Ridza) jejaka kampung merupakan kekasih Yah. Mendengar berita itu Ihsan pergi menemui Yah. Bertanyakan mengenai hal tersebut. Yah tertekan, cintanya terhadap Ihsan kian menebal namun hatinya dibuai rasa bersalah kerana budi yang begitu banyak ditabur oleh Haji Dollah.

Pada awalnya, Ihsan ingin mengahwini Yah. Namun hajatnya ditentang habis-habisan oleh keluarganya. Keluarga Ihsan begitu membenci keluarga Yah. Malah Ihsan juga masih dalam proses belajar. Keluarganya ingin Ihsan menumpukan pada pelajaran. Ihsan kecewa. Yah juga kecewa. Apakah yang bakal berlaku? Adakah Yah akan berkahwin dengan Haji Dollah? Bagaimana pula cintanya terhadap Ihsan? Tonton segalanya dalam drama 7 Suami di TV9.

Leave a Comment