Share

30 Pesanan Suara (2019) | Episod 10

Pelakon : Hannah Delisha, Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan, Zarina Zainuddin, Izzue Islam, Ruzana Ibrahim, Erwin Dawson, Ain Edruce
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Pali Yahya

Pn Intan menentang keras rancangan Izman nak pindah. Selama ni Izman okay saja tinggal dengan keluarga. Tapi kenapa lepas kawin, dia cari sebab nak pindah? Pn Intan marah Syafira dan tuduh Syafira hasut Izman. Tapi Izman akui itu adalah keputusannya sendiri. Dia tak nak berdosa bila gagal berlaku adil antara ibu dan isteri. Jadi lebih baik dia pindah. Lagipun, anak-anak yang dah kahwin tak digalakkan tinggal dengan keluarga. En Azim beri izin untuk Izman dan Syafira hidup di rumah sendiri. Pn Intan marahkan En Azim. Katanya, perangai Izman sama macam En Azim. Degil dan tak tahu jaga perasaannya. En Azim minta maaf sebab terpaksa izinkan mereka. Dia buat macam tu untuk elakkan masalah lebih besar antara Pn Intan dan Syafira. Pn Intan tetap tak suka dan bentak-bentak En Azim. Katanya, dia takkan maafkan En Azim selagi Izman tak pindah semula ke rumah mereka.

#30PesananSuara

Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
https://www.youtube.com/user/TV3MALAYSIAOFFICIAL

Leave a Comment